PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

SESI PEMBENTANGAN HASIL KAJIAN & PERSAMPELAN INSIDEN PENCEMARAN – SUNGAI PERAK, GRIK, PERAK

rosmanyah 12/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI PEMBENTANGAN HASIL KAJIAN & PERSAMPELAN INSIDEN PENCEMARAN – SUNGAI PERAK, GRIK, PERAK
Tahun
2025
Organisasi
Bahagian Air dan Marin (BAM), Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Lokasi
Bilik Bincang 2, Aras 3, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Parlimen Malaysia,

Penerangan

Tarikh: 19 November 2025 Bahagian Air dan Marin (BAM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengadakan sesi pembentangan hasil kajian dan persampelan berhubung insiden pencemaran di Sungai Perak berhampiran Kg. Air Ganda, Grik, Perak yang berlaku pada 21 Oktober 2025, menyebabkan kematian ikan dan perubahan warna air sungai. Sesi ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAS dan dipinda waktunya ke 11.00 pagi, berlangsung di Bilik Bincang 2, Aras 3, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Parlimen Malaysia, susulan perbincangan bersama YB Menteri NRES. Sesi ini turut dihadiri oleh wakil pengurusan JAS peringkat pusat dan negeri, pegawai penguatkuasa, serta pihak akademik dan teknikal, bagi memastikan koordinasi dan penyelarasan tindakan berkesan terhadap insiden pencemaran. Pembentangan dikemukakan oleh pihak akademik dan rakan teknikal, memfokuskan kepada hasil dapatan kajian, analisis persampelan, serta tindakan susulan yang telah, sedang, dan akan diambil oleh JAS untuk menangani insiden pencemaran tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan