Oleh maizah · 19/12/2025 · 1 paparan
18 Disember, IPOH – Syabas dan tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Dato’ Ts. Dr Haji Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh (DIMP, SIJ, PSI II) yang telah dilantik menjadi Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) abagi sesi 2026-2027. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memberi perkenan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan `Adat Melayu Perak di Perak Royal Golf Club, Ipoh. Ini menunjukkan kewibawaan YBhg. Dato’ Ts. Dr Haji Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh (DIMP, SIJ, PSI II) sebagai ahli majlis yang berwibawa dan cemerlang sepanjang perkhidmatannya sebagai Ahli Majlis. Beliau telah mengetengahkan isu-isu dan kempen-kempen kesedaran alam sekitar setiap kali persidangan dilaksanakan dan oleh kerana itu pada tahun 2025 Jabatan Alam Sekitar telah berjaya melaksanakan program dan pertandingan berkaitan plastik dan ewaste serta melaksanakan kempen hindari plastic sekali guna dan kempen pencegahan pembakaran terbuka bagi menjadikan masjid sebagai hab kelestarian alam sekitar. Program-program yang dilaksanakan ini adalah dengan kerjasama MAIPK dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Jabatan mengucapkan tahniah di atas pelantikan YBhg Dato’ Pengarah sebagai Ahli Majlis MAIPK sekali lagi bagi penggal 2026-2027. Semoga YBhg. Dato’ Pengarah terus memberi khidmat cemerlang buat negeri Perak. #NRES #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_disember2025 #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup