Koleksi Gambar / Program Kesedaran

SESI PERKONGSIAN ILMU BERKAITAN ALAM SEKITAR BERSAMA DENGAN WARGA TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) CAWANGAN LAHAT

Oleh maizah · 19/12/2025 · 0 paparan

12 DISEMBER 2025, LAHAT- Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah dijemput oleh Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) Cawangan Lahat untuk memberikan satu sesi perkongsian ilmu berkaitan kesedaran alam sekitar kepada warga TNB Ceramah ini diadakan bagi mengisi slot program Kempen Kesedaran Alam Sekitar yang melibatkan unit Warehouse Operation Excellence Bahagian Procument and Supply Chain sermai lebih 40 orang. Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Puan Aini Oriza binti Ramli, Pegawai Kawalan Alam Sekitar Negeri Perak dengan tajuk Peranan dan Komitmen JAS Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar dan Pengurusan Alam Sekitar Yang Mapan. Objektif perkongsian ilmu ini adalah bertujuan untuk berkongsi dengan pihak industri mengenai konsep kelestarian termasuk SDGs serta ekonomi kitaran. Selain itu, JAS turut memberikan penerangan berkenaan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dipinda pada tahun 2024. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak mengucapkan terima kasih kerana telah menjemput JAS untuk berkongsi berkaitan kelestarian dan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebagai satu isyarat jelas bahawa kerajaan serius untuk mengawala pencemaran alam sekitar. #NRES #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_disember2025 #alamsekitartanggungjawabbersama

Penganjur
tnb
Lokasi
lahat
Fail / Media (9)
  • 20251812094504638.jpeg .jpeg Buka
  • 20251812094510670.jpeg .jpeg Buka
  • 20251812094515478.jpeg .jpeg Buka
  • 20251812094520089.jpeg .jpeg Buka
  • 20251812094525130.jpeg .jpeg Buka
  • 20251812094530784.jpeg .jpeg Buka
  • 20251812094535964.jpeg .jpeg Buka
  • 20251812094542762.jpeg .jpeg Buka
  • 20251812094549375.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS