Koleksi Gambar / Program Kesedaran

CERAMAH KESEDARAN ALAM SEKITAR BERSAMA DENGAN WARGA LUMUT MARITIME TERMINAL SDN.BHD (LUMUT PORT)

Oleh maizah · 19/12/2025 · 0 paparan

9 DISEMBER 2025, MANJUNG- Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah dijemput oleh Lumut Maritime Terminal Sdn.Bhd untuk memberikan slot ceramah berkaitan kesedaran alam sekitar kepada warga Lumut Port. Ceramah ini diadakan bagi mengisi slot program Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi warga Lumut Maritime Terminal melibatkan 40 orang staf dari pelbagai seksyen. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Aini Oriza binti Ramli, Pegawai Kawalan Alam Sekitar Negeri Perak dengan tajuk Peranan dan Komitmen JAS Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar dan Pengurusan Alam Sekitar Yang Mapan. Objektif ceramah adalah bertujuan untuk berkongsi dengan pihak industri mengenai konsep kelestarian termasuk SDGs serta ekonomi kitaran. Selain itu, JAS turut memberikan penerangan berkenaan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dipinda pada tahun 2024. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak mengucapkan terima kasih kerana telah menjemput JAS untuk berkongsi berkaitan kelestarian dan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebagai satu isyarat jelas bahawa kerajaan serius untuk mengawala pencemaran alam sekitar. #NRES #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_disember2025 #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Penganjur
lumut port
Lokasi
manjung
Fail / Media (8)
  • 20251812094301245.jpeg .jpeg Buka
  • 20251812094306995.jpeg .jpeg Buka
  • 20251812094313745.jpeg .jpeg Buka
  • 20251812094320464.jpeg .jpeg Buka
  • 20251812094325698.jpeg .jpeg Buka
  • 20251812094332308.jpeg .jpeg Buka
  • 20251812094339542.jpeg .jpeg Buka
  • 20251812094345481.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS