Oleh maizah · 19/12/2025 · 0 paparan
6 DISEMBER 2025, IPOH- Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah dijemput oleh Sekretariat Kelestarian Alam Perak, Pejabata Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk memberikan slot ceramah berkaitan amalan 5R dan pengurusan sisa di kalangan pelajar sekolah. Ceramah ini diadakan bagi mengisi slot program Kem Eco Green yang dilaksanakan dan melibatkan 40 orang pelajar dari 4 buah sekolah di Daerah Kinta Utara dan Kinta Selatan. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Aini Oriza binti Ramli, Pegawai Kawalan Alam Sekitar Negeri Perak dengan tajuk pengamalan 5R dalam pengurusan sisa. Objektif ceramah adalah bertujuan untuk berkongsi dengan para pelajar berkaitan amalan 5R yang boleh dilaksanakan bermula dari rumah dan kepentingan mengamalkan 5R kepada kualiti persekitaran dan kesihatan manusia secara amnya. Selain itu, peserta didedahkan dengan aktiviti pembelajaran mengenai biodiversity di Hutan Eko Rimba Kledang Saiong dan Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang selama 2 hari. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak mengucapkan terima kasih kerana telah menjemput JAS untuk berkongsi berkaitan tips amalan hijau dan amalan 5R yang boleh diamalkan bermula dari rumah dan sekolah sebagai tanda usaha melestarikan alam sekitar demi kesejahteraan bersama. #NRES #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_disember2025 #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup