Koleksi Gambar / Mesyuarat

MESYUARAT DAN BENGKEL HALA TUJU & SESI LIBAT URUS JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SABAH 2025

Oleh holly · 19/12/2025 · 1 paparan

Objektif utama program ini adalah untuk menilai pencapaian JAS Sabah bagi tahun 2025. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menetapkan sasaran dan hala tuju JAS Sabah bagi tahun 2026, sejajar dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh JAS Ibu Pejabat melalui siri mesyuarat penyelarasan yang diadakan sepanjang tahun 2025. Ringkasan perbincangan; 1??Mesyuarat dimulakan dengan perutusan daripada Puan Pengarah JAS Sabah yang telah menyampaikan beberapa perutusan berharga, termasuklah: - Mengucapkan tahniah kepada seluruh warga JAS Sabah atas pencapaian sepanjang tahun 2025; - Menyentuh isu dan cabaran yang dihadapi oleh pegawai JAS Sabah; dan - Menekankan aspek inovatif dan kreatif yang perlu diterapkan oleh pegawai. 2??Pembentangan Laporan Unit KSP - KPP CHN membentangkan aktiviti yang telah dijalankan oleh Unit KSP sepanjang tahun 2025. Selain itu, beliau juga memaklumkan status semasa perbelanjaan di bawah peruntukan program pendidikan dan pengawasan. Akhir sekali, KPP CHN membentangkan cadangan 4 sambutan aktiviti utama yang wajib dijalankan oleh JAS Negeri iaitu Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia (WED), Hari Ozon Sedunia dan Hari Alam Sekitar Negara (HASN). 3??Pembentangan Laporan Unit OMPT & KTM- PKK RK melaporkan laporan tindakan perundangan bagi kes aduan pembakaran terbuka dan tumpahan minyak bagi tempoh sehingga 30 November 2025 dan program OMPT bagi tahun 2025. 4??Pembentangan Laporan Unit Penguatkuasaan EIA - PK MNZ membentangkan pencapaian unit Penguatkuasaan EIA bagi tahun 2025 sehingga Disember 2025. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.20pm dan disambung semula pada 8.00pm 5??Pembentangan Penyediaan Buku Program 2026 dan Laporan Tahunan 2025. Semua ahli mesyuarat diingatkan untuk menyediakan bahagian masing-masing mengikut tarikh akhir yang ditetapkan. 6??Pembentangan Unit Lesen & BT - PKK Ts. SJ membentangkan sasaran dan pencapaian unit Lesen & BT bagi tahun 2025. Sasaran bagi tahun 2026 adalah dikekalkan seperti tahun sebelumnya. 7??Pembentangan Unit Kebenaran & Pemberitahuan Bertulis - PK NEE membentangkan sasaran dan pencapaian bagi tahun 2025. Sasaran bagi tahun 2026 adalah dikekalkan seperti tahun sebelumnya. Piagam proses KB/PB perlu dipatuhi dan dikira bermula dari tarikh pegawai proses menerima permohonan tersebut. Rumusan: Mesyuarat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi dan dibincangkan semula untuk ketetapan pada hari seterusnya. Sekian, dimaklumkan.

Penganjur
JAS Sabah
Lokasi
Beringgis Beach Resort , Papar
Fail / Media (6)
  • 20251712160748538.jpg .jpg Buka
  • 20251712160753624.jpg .jpg Buka
  • 20251712160757789.jpg .jpg Buka
  • 20251712160802004.jpg .jpg Buka
  • 20251712160806759.jpg .jpg Buka
  • 20251712160811501.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS