Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

Lawatan Kerja Rasmi Pengarah JASPP ke kawasan Penambakan PSR

Oleh hashikin · 19/12/2025 · 0 paparan

Lawatan Kerja Rasmi Pengarah JASPP ke kawasan Penambakan PSR 9 Disember 2025, Pulau Pinang – Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah mengadakan sesi lawatan kerja rasmi ke tapak penambakan Penang South Reclamation (PSR). Lawatan dihadiri pegawai-pegawai dari Unit-Unit dalam Bahagian Pembangunan Jabatan Alam Sekitar. Sesi lawatan juga dihadiri wakil pihak penggerak projek, Silicon Island Development Sdn Bhd, dan wakil-wakil kontraktor projek, Gamuda Engineering Sdn Bhd dan SRS TC Sdn Bhd. Lawatan dijalankan bagi mendapatkan gambaran keadaan semasa tapak projek serta meninjau aktiviti yang sedang dijalankan di atas tanah tambak PSR. Lawatan juga dijalankan bagi meninjau pematuhan syarat-syarat kelulusan EIA serta keberkesanan pelaksanaan BMPs yang dilaksanakan di tapak projek. Secara tidak langsung, dengan lawatan ini akan menjadi platform antara agensi dengan penggerak projek serta consultant EIA bagi melihat dan membincangkan isu-isu pematuhan yang sering timbul sepanjang operasi projek bagi memperkukuh tindakan pencegahan dan kawalan di tapak projek. #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama #jasppdis2025

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang
Lokasi
Pulau Pinang
Fail / Media (6)
  • 20251712105214068.jpg .jpg Buka
  • 20251712105227498.jpg .jpg Buka
  • 20251712105243625.jpg .jpg Buka
  • 20251712105312668.jpg .jpg Buka
  • 20251712105342003.jpg .jpg Buka
  • 20251712105357965.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS