Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAWATAN KERJA TUAN PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI JOHOR KE KILANG SAWIT SEMENCHU, KOTA TINGGI

Oleh nasir.ibrahim · 19/12/2025 · 0 paparan

11 DISEMBER 2025, KOTA TINGGI, JOHOR - Lawatan kerja ke Kilang Sawit Semenchu telah diketuai oleh Tuan Pengarah JAS Negeri Johor, Dr. Mohd Famey bin Yusof, Timbalan Pengarah Operasi 1 JAS Johor, Tn. Mohd Rashdan bin Topa, Ketua Cawangan JAS Cawangan Pengerang dan pegawai-pegawai Unit Pelesenan JAS Negeri Johor atas jemputan pihak FGV Palm Industries Sdn Bhd (FGVPI SB) sempena perasmian Loji Membrane Filtration System (MFS) di Kilang Sawit Semenchu. Lawatan tapak JAS Negeri Johor ini telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif FGVPI SB, En Abdul Malik bin Sekak dan pegawai-pegawai kanan FGVPI SB. Pihak FGVPI SB melalui En Zainal Arif telah memberikan taklimat ringkas berkaitan inisiatif dan langkah pembaikan syarikat ke arah pematuhan syarat-syarat lesen terutamanya pelepasan BOD3 ke alur air di bawah had 20 mg/L bagi semua kilang sawit FGVPI SB di Johor serta penerangan berkaitan Loji Membrane Filtration System (MFS) ini. Sesi lawatan ini diteruskan dengan lawatan ke Loji MFS dan Sistem Pengolahan Efluen (SPE) Kilang Sawit Semenchu seterusnya perasmian loji MFS tersebut. JAS Negeri Johor sentiasa menyokong usaha penambaikan oleh semua premis termasuk FGVPI SB ke arah memastikan kelestarian alam sekitar dan kepentingan orang awam terpelihara.

Penganjur
JAS JOHOR
Lokasi
KOTA TINGGI, JOHOR
Fail / Media (6)
  • 20251712090529242.jpg .jpg Buka
  • 20251712090534617.jpg .jpg Buka
  • 20251712090540602.jpg .jpg Buka
  • 20251712090547215.jpg .jpg Buka
  • 20251712090552410.jpg .jpg Buka
  • 20251712090557895.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS