Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN KILANG PIROLISIS TAYAR

Oleh nasir.ibrahim · 16/12/2025 · 1 paparan

8 & 9 Disember 2025, Ulu Tiram, Johor : Susulan aduan awam, pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor (Unit JB Tengah) telah menjalankan siasatan aduan ke atas sebuah premis kitar semula tayar terpakai yang menyebabkan pencemaran bau. Premis didapati gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 di mana sistem kawalan pencemaran udara gagal berfungsi dengan baik dan terdapat pengeluaran pencemar udara yang ketara. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikenakan bagi memberhentikan aktiviti yang menyebabkan pengeluaran pencemar udara. Premis diarahkan untuk mengambil langkah penambahbaikan terhadap sistem kawalan pencemaran udara.

Penganjur
JAS JOHOR
Lokasi
ULU TIRAM, JOHOR
Fail / Media (4)
  • 20251612093744595.jpg .jpg Buka
  • 20251612093750714.jpg .jpg Buka
  • 20251612093759870.jpg .jpg Buka
  • 20251612093808228.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS