Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PREMIS BERASASKAN PLASTIK TERPAKAI DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN

Oleh nasir.ibrahim · 16/12/2025 · 4 paparan

10 DISEMBER 2025, KULAI, JOHOR - Pasukan penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah membuat pemeriksaan rutin di sebuah premis yang mengeluarkan produk plastik daripada plastik terpakai di kawasan Seelong. Tindakan POK di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diambil untuk memberhentikan semua proses pengeluaran basuhan plastik kotor dan mesin extrusion sehingga alat kawalan pencemaran air dan udara telah ditambahbaik bagi mengelakkan kebocoran seterusnya mencemar alam sekitar. Premis perlu mematuhi segala garis panduan ditetapkan bagi pemasangan alat kawalan pencemaran udara mengikut kehendak perundangan dan memastikan mempunyai Orang Yang Berwibawa bagi menyelia alat kawalan pencemaran. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Penganjur
JAS JOHOR
Lokasi
KULAI
Fail / Media (5)
  • 20251612093356903.jpg .jpg Buka
  • 20251612093402683.jpg .jpg Buka
  • 20251612093409571.jpg .jpg Buka
  • 20251612093414615.jpg .jpg Buka
  • 20251612093419884.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS