Koleksi Gambar / Bengkel

SEMINAR PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL & SESI HANDS-ON ESWIS V2 SIRI 3

Oleh holly · 19/12/2025 · 1 paparan

10 Disember 2025, Kota Kinabalu - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah dengan kerjasama Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (JASAba) telah menganjurkan Seminar Pengurusan Buangan Terjadual & Sesi Hands-on eSWIS V2 siri 3 bertempat di Magellan Sutera - Sutera Harbour Kota Kinabalu, Sabah. Seminar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Nor Rashidah binti Mohd Ghazali, Pengarah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah. Seminar ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada pihak industri mengenai kepentingan pengurusan buangan terjadual yang betul mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Selain itu, seminar turut disertakan dengan sesi latihan hands-on di mana peserta dibimbing secara langsung berkenaan penggunaan sistem eSWIS versi baharu. Antara topik yang dikupas termasuklah proses pendaftaran pengguna, pengisian maklumat buangan, pemantauan pergerakan buangan, serta penghantaran laporan kepada JAS. Pendekatan praktikal ini bukan sahaja membantu peserta menyelesaikan isu teknikal yang dihadapi, malah berjaya memperkukuhkan kemahiran teknikal mereka. Program selama sehari ini telah berjaya menghimpunkan seramai 300 peserta serta 14 pempamer termasuk wakil daripada premis industri, perunding alam sekitar dan juga pembekal teknologi kawalan pencemaran alam sekitar. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen sektor industri terhadap pematuhan peraturan alam sekitar, khususnya dalam pengurusan buangan berbahaya. Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh daripada seminar ini dapat diaplikasikan di premis masing-masing, sekali gus menyumbang kepada sistem pengurusan buangan terjadual yang lebih cekap, telus dan berintegriti. Komitmen berterusan daripada semua pihak amatlah penting bagi memastikan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat dilaksanakan secara efektif dan beterusan. #jabatanalamsekitar #jassabah_dis2025

Penganjur
JAS sabah dan Kelab JASAba
Lokasi
The Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu
Fail / Media (4)
  • 20251512105943763.jpg .jpg Buka
  • 20251512105947743.jpg .jpg Buka
  • 20251512105951334.jpg .jpg Buka
  • 20251512105955880.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS