Oleh holly · 19/12/2025 · 0 paparan
Ringkasan Taklimat: Pihak JAS telah menjemput pihak JPBW utk memberikan taklimat kepada pegawai JAS Sabah yang bertujuan untuk memperjelas bidang kuasa perancangan di Sabah, memandangkan PLANMalaysia tidak terpakai di negeri ini. Pihak JPBW telah membentangkan mengenai Peranan dan Ordinan CAP141 di bawah punca kuasa Jabatan tersebut. Berikut adalah intipati taklimat mengenai peranan dan punca kuasa JPBW di bawah Ordinan Perancangan Bandar dan Desa Sabah CAP 141: - Punca Kuasa Unik Sabah : Perancangan fizikal di Sabah tertakluk sepenuhnya di bawah Ordinan Sabah Cap. 141, berbeza dengan Semenanjung yang menggunakan akta PLANMalaysia. - Majlis Perancang Negeri (MPN): Badan tertinggi yang membuat dasar, dipengerusikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin), dengan Pengarah JPBW bertindak sebagai Sekretariat. Keanggotaan turut melibatkan Peguam Besar Negeri dan pelbagai agensi teknikal lain. - Hierarki Perancangan Fizikal: Perancangan dipecahkan kepada tiga peringkat bagi memastikan pembangunan teratur: - -- Negeri: Pelan Struktur Negeri Sabah (Polisi strategik). - -- Daerah: Pelan Daerah (Kenyataan bertulis & peta zon). - -- Tempatan: Pelan Tempatan (Kawasan spesifik/bandar). - Proses Kebenaran Merancang: Dikongsikan juga aliran proses di bawah Seksyen 15(2) yang bermula dari permohonan di PBT, Semakan PBT, Semakan Sekretariat MPN & Keputusan oleh MPN. Semoga perkongsian ini memberi pencerahan mengenai tatakelola perancangan pembangunan di Sabah. Sekian utk makluman. Terima kasih kepada semua pegawai yang meluangkan masa untuk hadir taklimat ini.?????? Unit EIA&IP
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup