Oleh charlie · 19/12/2025 · 7 paparan
MIRI, 27 November 2025 - Seminar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974: Pematuhan dan Pemerkasaan Peraturan-Peraturan Dibawahnya Sempena Hari Alam Sekitar Negara telah diadakan dengan jayanya di Imperial Palace Hotel, Miri pada 27 November 2025. Seminar ini telah dirasmikan oleh Tuan John Anak Rampai, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak dan telah dihadiri kira-kira 250 peserta serta 10 pempamer yang terdiri daripada jururunding, premis yang ditetapkan (buangan terjadual) yang dilesenkan oleh JAS dan syarikat pembekal yang menawarkan peralatan dan teknologi kawalan pencemaran alam sekitar. Seminar ini merupakan satu inisiatif Jabatan dan bertujuan meningkatkan pemahaman dan kesedaran pihak industri mengenai hala tuju Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan dan pemerkasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 selaras dengan pindaan Akta tersebut pada tahun 2024. Peserta juga telah diperjelaskan mengenai tatacara dan kewajipan pihak industri untuk mengemukakan pemberitahuan bertulis bagi alat kawalan pencemaran dan alat pembakaran bahan api seterusnya melaksanakan pemantauan prestasi alat kawalan pencemaran tersebut oleh Orang Yang Berwibawa (OYB) yang dilantik. Halatuju pengurusan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) di Malaysia serta pembelajaran mengenai cara pengisian data buangan terjadual ke dalam Electronic Scheduled Waste Information System Version 2 (eSWIS V2) turut dikongsi di dalam seminar tersebut. Seminar ini juga merupakan platform yang sesuai untuk industri terlibat dalam usaha menyebarluas penggunaan dan pemahaman terhadap sistem eSWIS V2 yang dibangunkan oleh Ibu Pejabat JAS. Seminar tersebut merupakan anjuran Kelab Kebajikan Sukan dan Kakitangan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak (KESSAR) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Cawangan Miri, Sarawak.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup