Oleh charlie · 19/12/2025 · 0 paparan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak telah bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Program Karnival Gaya Hidup Rakan Muda @ Sarawak Tahun 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada 28 dan 29 November 2025. Program tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri, agensi swasta, kelab rakan muda, kelab sukan dan para usahawan program. Program tersebut bertujuan memberi pendedahan dan ruang mengekspresi bakat dan kemahiran para belia mengenai sepuluh (10) Gaya Hidup Rakan Muda. JAS Sarawak telah dilantik untuk bertugas di reruai Rakan Bumi iaitu salah satu dari 10 Gaya Hidup Rakan Muda. Beberapa aktiviti yang menarik telah dijalankan di reruai Rakan Bumi hasil kerjasama antara JAS Sarawak dan Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) sepanjang program ini berlangsung seperti Kahoot alam sekitar, pameran alam sekitar, pendaftaran Rakan Alam Sekitar, mari mencuba alat Virtual Reality (VR), demonstrasi pembuatan sabun dari minyak masak terpakai, demonstrasi pembuatan lilin dari minyak masak terpakai dan mari mencuba hasilkan sabun dan lilin sendiri. Program telah dimeriahkan oleh pengunjung dan penduduk setempat yang hadir menjayakan Program Karnival Gaya Hidup Rakan Muda @ Sarawak Tahun 2025 tersebut. Dengan adanya program seperti ini dapat memberi kesedaran dan pendedahan berkaitan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada pengunjung serta masyarakat khususnya di negeri Sarawak.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup