Oleh suresh · 19/12/2025 · 0 paparan
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kerjasama Dua Hala antara Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi Tahun 2025 telah diadakan pada Isnin, 1 Disember 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Jebat, Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia. Mesyuarat pada kali ini telah dipengerusikan oleh YS Kol. (PA) Effendy bin Hj. Ali, Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, Institut Pertahanan Awam (IPPA). Turut hadir ialah Tuan Rosli bin Zul, Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAS Malaysia serta Tuan Shazly bin Ab Rahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Operasi), JAS Malaysia. Mesyuarat turut disertai pegawai-pegawai kanan daripada kedua-dua agensi. Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada pembentangan pencapaian pelaksanaan program-program kerjasama JAS–APM Tahun 2025 sebagaimana yang telah digariskan dalam Pelan Kerjasama Dua Hala JAS–APM. Turut dibincangkan berkenaan penambahbaikan berterusan bagi pengoperasian rondaan bersepadu, latihan teknikal, dan penyelarasan program Bersama APM. Selain itu, mesyuarat turut meneliti perkara-perkara berbangkit mengenal pasti keperluan baharu bagi memperkukuh pelaksanaan kerjasama strategik serta merangka hala tuju seterusnya bagi memastikan keberkesanan pemantauan, kesiapsiagaan lapangan dan penguatkuasaan alam sekitar secara lebih bersepadu antara kedua-dua agensi. #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #BahagianPenguatkuasa #AlamSekitarTanggungjawabBersama #APM
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup