Oleh sofea · 19/12/2025 · 0 paparan
Wilayah Persekutuan Putrajaya, 11 Disember 2025 - Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penetapan Kuota Import dan Approal Letter (AP) Pengimportan/ Pengeksportan Bahan Hidrokloroflorokarbon (HCFC), Halon dan Hidroflorokarbon (HFC) bagi Tahun 2026 yang merupakan sebahagian daripada komitmen Malaysia di bawah Protokol Montreal dan Pindaan Kigali untuk mengawal serta mengurangkan penggunaan bahan pemusnah ozon (BPO) dan HFC secara berperingkat. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Alam Sekitar yang turut dihadiri oleh Bahagian Pengurusan Alam Sekitar (BPAS) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah bagi membentangkan status import eksport, penambahan dan penggunaan kuota HCFC, HFC dan Halon bagi tahun 2025 serta penetapan kuota import bagi tahun 2026 bagi memastikan pematuhan terhadap obligasi di bawah Protokol Montreal dan Pindaan Kigali. Mesyuarat ini turut membincangkan dua cadangan iaitu penambahbaikan terhadap Garis Panduan Sistem Kuota Import HCFC dan HFC dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan bagi permohonan, penetapan, pengagihan dan pemantauan kuota bagi menjadikan pengurusan kuota yang lebih mantap, berintegriti, efisien dan mesra pengguna.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup