Koleksi Gambar / Aktiviti

MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) MS ISO 9001 : 2015 BIL 1 TAHUN 2025 BAGI SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015

Oleh suresh · 19/12/2025 · 1 paparan

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan MS ISO 9001 : 2015 Jabatan Alam Sekitar (JAS) Bil 1/2025 dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAS, YBrs Puan Azuri Azizah Haji Saedon, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Pengarah-Pengarah Bahagian, JAS Negeri dan EiMAS serta pegawai-pegawai kanan dari JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri. JAS telah memperolehi pensijilan MS ISO 9001 sejak tahun 2010 dan sehingga kini telah berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001 versi 2015 bagi tempoh 25 Oktober 2022 hingga 21 Oktober 2025 di bawah skop Pemprosesan Laporan EIA dan Penguatkuasaan Syarat – Syarat EIA. Pelaksanaan MKSP ini merupakan salah satu keperluan di bawah pensijilan MS ISO 9001:2015. Ianya juga adalah satu landasan untuk membincangkan (i) penemuan-penemuan dari pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 yang telah dijalankan pada bulan Julai sehingga Ogos 2025; dan (ii) pendekatan-pendekatan bagi menambahbaik pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 di Jabatan Alam Sekitar (JAS) ke arah menghasilkan output atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan, serta pihak-pihak yang berkepentingan selaras dengan keperluan perundangan. JAS adalah komited dalam memastikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti selaras dengan keperluan MS ISO 9001:2015 pada tahap yang terbaik dan inisiatif ini akan terus menjadi pemangkin ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cemerlang dan berkualiti. awam yang lebih cemerlang dan berkualiti dalam usaha pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat
Lokasi
Putrajaya
Fail / Media (5)
  • 20251512085139781.jpg .jpg Buka
  • 20251512085145050.jpg .jpg Buka
  • 20251512085150243.jpg .jpg Buka
  • 20251512085154994.jpg .jpg Buka
  • 20251512085200099.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS