Oleh rosmanyah · 19/12/2025 · 0 paparan
Tarikh: 27 Februari 2025 Taklimat disampaikan oleh: - wakil H2O Datatech Sdn. Bhd. Kehadiran: - Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin - turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Udara, Pengarah Bahagian Penilaian, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Timbalan Pengarah Bahagian Air dan Marin, serta Ketua Penolong Pengarah Seksyen Kawal Selia. - Kehadiran barisan pengurusan ini menunjukkan komitmen JAS dalam meneroka solusi data bersepadu bagi meningkatkan kecekapan pemantauan. Objektif: (i) Taklimat ini memberi pendedahan mengenai fungsi serta potensi penggunaan Platform Analitik Airnomik©, khususnya dalam mengintegrasikan data pelbagai sumber untuk analisis corak pencemaran, pengesanan awal insiden, serta pemantauan kualiti air sungai secara lebih proaktif. (ii) membincangkan keupayaan platform tersebut dalam menyokong operasi lapangan, pemetaan risiko, dan pelaporan teknikal digital. Penganjuran mesyuarat dan taklimat ini dijangka membantu JAS menilai keberkesanan penggunaan teknologi analitik moden dalam mengoptimumkan kawal selia kualiti air sungai. JAS akan terus berusaha memperkukuh penggunaan teknologi berasaskan data bagi memastikan pengurusan kualiti air negara dilaksanakan secara lebih bersepadu dan berkesan.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup