Oleh rosmanyah · 23/12/2025 · 1 paparan
Modul Straits of Johor (SOJ) bagi Sistem Environmental Quality Monitoring Programme (EQMP) di bawah seliaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan medium pengumpulan dan penyimpanan data pensampelan kualiti air marin di Selat Johor. Data pensampelan di Selat Johor yang dikumpul turut dikongsi dengan Kerajaan Singapura sebagai usaha sama dalam memantau kualiti air marin di Selat Johor. Bagi memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan sistem, capaian modul SOJ telah diperkukuhkan dengan pelaksanaan Government Public Key Infrastructure (GPKI). Penggunaan GPKI membolehkan pengesahan identiti pengguna secara digital, menjamin integriti data, serta memastikan kerahsiaan maklumat selaras dengan piawaian keselamatan ICT sektor awam. Satu sesi Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) Modul SOJ di bawah EQMP 2.0 telah diadakan pada 15 Ogos 2025. Tujuan sesi ini adalah untuk membincangkan ujian fungsian ke atas Modul SOJ dengan pengecualian fungsi GPKI. Sesi ini telah dihadiri oleh wakil dari Seksyen Perlindungan Air Marin (SPAM), Bahagian Air dan Marin, wakil dari Bahagian Teknologi Maklumat dan pihak PSTW. Sebanyak tujuh (7) Google Form atas talian telah disediakan mengikut set senario ujian yang ditetapkan serta berdasarkan peranan peserta.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup