Koleksi Gambar / Mesyuarat

MESYUARAT UNTUK MEMBINCANGKAN STESEN-STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR MARIN MANUAL DI BAWAH PROGRAM PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR (EQMP) YANG BERHAMPIRAN DENGAN PROJEK-PROJEK PENAMBAKAN DI NEGERI MELAKA

Oleh rosmanyah · 19/12/2025 · 0 paparan

Tarikh: 30 April 2025 Tujuan: (i) Membincangkan kedudukan stesen-stesen pengawasan kualiti air marin manual di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) yang terletak berhampiran dengan kawasan projek-projek penambakan di negeri Melaka. (ii) untuk meneliti dan menilai kesesuaian lokasi stesen-stesen pengawasan kualiti air marin manual yang beroperasi di sekitar kawasan terlibat dengan aktiviti penambakan. Penilaian ini adalah penting bagi memastikan keberkesanan program pemantauan di bawah EQMP, khususnya dalam mengesan perubahan kualiti air marin yang mungkin berpunca daripada aktiviti pembangunan tersebut. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Air dan Marin, Tuan Rosli bin Osman, dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada BAM, JAS Negeri Melaka serta wakil syarikat Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. (PSTW). Hasil perbincangan yang telah dijalankan akan dijadikan asas bagi tindakan susulan dan penambahbaikan pelaksanaan pemantauan kualiti alam sekitar marin di kawasan berkenaan, sejajar dengan komitmen JAS dalam memastikan perlindungan alam sekitar yang mampan.

Penganjur
Seksyen Perlindungan Air Marin (SPAM), Bahagian Air dan Marin (BAM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya
Lokasi
Putrajaya
Fail / Media (1)
  • 20251212115627658.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS