Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU “OPS GERAK” JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG PERINGKAT KEBANGSAAN DENGAN KERJASAMA IBU PEJABAT KONTINJEN (IPK) PAHANG DAN JPJ PALOH HINAI, PAHANG

Oleh Azrulsafrizal · 19/12/2025 · 0 paparan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah melaksanakan Operasi Bersepadu “OPS GERAK” peringkat kebangsaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Paloh Hinai. Pengarah JAS Negeri Pahang, YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, diiringi Puan Noor Shahniyati binti Ahmad Shukri, Timbalan Pengarah (Operasi), JAS Negeri Pahang, turut hadir dan menyertai pelaksanaan operasi tersebut. Operasi ini dilaksanakan bagi memantau, mengesan serta mengambil tindakan terhadap kenderaan komersial dan persendirian yang tidak mematuhi peraturan di bawah perundangan alam sekitar, khususnya berkaitan kawalan pelepasan asap kenderaan sebagaimana diperuntukkan di bawah: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Pelaksanaan operasi ini bertujuan memastikan tahap pelepasan asap kenderaan berada dalam standard yang ditetapkan, seterusnya menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti udara dan menjaga kesejahteraan rakyat.

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang
Lokasi
Hentian R&R Paloh Hinai
Fail / Media (5)
  • 20251112155643578.jpg .jpg Buka
  • 20251112155651215.jpg .jpg Buka
  • 20251112155657350.jpg .jpg Buka
  • 20251112155702662.jpg .jpg Buka
  • 20251112155707726.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS