Oleh Azrulsafrizal · 11/12/2025 · 0 paparan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menerima jemputan daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk menyertai Operasi Khas Bersepadu Luaran (Ops Samseng Jalanan). Dalam operasi ini JAS Negeri Pahang telah menjalankan Ujian Bunyi Bising Kenderaan Bermotor di Daerah Kuantan. Penyertaan Jabatan ini merupakan komitmen berterusan dalam menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi penguatkuasaan bertujuan memastikan pematuhan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Motosikal) 2003, serta memperkukuh keselamatan dan ketenteraman awam . JAS Negeri Pahang menghargai Operasi Bersepadu ini dan menyokong penuh usaha penguatkuasaan demi kesejahteraan masyarakat.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup