Oleh Azrulsafrizal · 11/12/2025 · 0 paparan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menganjurkan program sisipan sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) iaitu Enviro Race 2025 bertempat di Taman Bandar Kuantan. Program berbentuk fizikal dan pendidikan ini diadakan dengan objektif meningkatkan kesedaran serta pengetahuan peserta mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar melalui pelbagai tugasan dan cabaran bertema kelestarian. Program ini turut disertai oleh lima agensi kerajaan, iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Perhilitan, Jabatan Pertanian, Jabatan Kimia Malaysia dan SWCorp yang bersama-sama menjayakan aktiviti serta memberikan sokongan terhadap usaha memupuk semangat cintakan alam sekitar. Sebanyak 12 kumpulan telah mengambil bahagian dan perlu melalui 10 checkpoint yang disediakan. Setiap checkpoint mengandungi tugasan yang menguji pengetahuan, kerjasama pasukan serta keupayaan peserta menyelesaikan cabaran secara kreatif dan berkesan.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup