Koleksi Gambar / Aktiviti,Bengkel

BENGKEL AKTIVITI LATIHAN/HANDS-ON PROSEDUR TETAP OPERASI PROGRAM MENCEGAH KEBAKARAN TANAH GAMBUT UNTUK MENGATASI JEREBU TAHUN 2025

Oleh Azrulsafrizal · 11/12/2025 · 0 paparan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah melaksanakan satu Bengkel Aktiviti Latihan/Hands-On Prosedur Tetap Operasi Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu Tahun 2025 dan Penggunaan Dron bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik, JAS Pahang. Peserta-peserta bengkel bukan sahaja diberikan penerangan mengenai PTO Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut malah turut diberi pendedahan mengenai teori dan praktikal penggunaan dron bagi tujuan pemantauan dan siasatan yang telah disampaikan oleh Encik Fadhzlan Abdullah Bin Ismail,Penolong Pengarah JAS Pahang dan Encik Mohd Shahrizal Bin Hashim, Penolong Pegawai Kawalan Kanan JAS Pahang. Bagi sesi praktikal, peserta telah dibawa ke Kawasan Infrastruktur Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut di Gebeng, Kuantan, Pahang untuk melaksanakan latihan operasi dron secara lapangan. Latihan merangkumi tatacara siasatan, rakaman visual, pengendalian peralatan serta pemantauan kawasan menggunakan dron. Program diteruskan dengan sesi pemindahan data dan pengisian Flight Log ke dalam sistem. JAS Negeri Pahang kekal komited bagi mempertingkatkan kompetensi anggota melalui latihan teknikal berterusan demi memastikan keberkesanan operasi pemantauan alam sekitar.

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang
Lokasi
Kawasan Infrastruktur Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut di Gebeng, Kuantan, Pahang
Fail / Media (4)
  • 20251112084147846.jpg .jpg Buka
  • 20251112084154786.jpg .jpg Buka
  • 20251112084201148.jpg .jpg Buka
  • 20251112084206605.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS