- Tajuk
- PENYERTAAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG DALAM PROGRAM
BRAP X-PLORACE 2025
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Jawatankuasa Balok River Adoption Program (BRAP)
- Lokasi
- Balok, Kuantan
- Diskripsi
- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah dijemput sebagai Rakan Strategik untuk menyertai x-plorace dan pameran sempena Program BRAP X-Plorace 2025 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Balok River Adoption Program (BRAP). Melalui penyertaan ini, JAS menyampaikan maklumat berkaitan pemeliharaan alam sekitar serta hebahan program-program kesedaran awam kepada para pengunjung.
Program turut disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah JAS Negeri Pahang, Tuan Zakaria bin Ahmad @Mohd, yang menekankan kepentingan kerjasama antara agensi dan penglibatan masyarakat dalam usaha kelestarian alam sekitar.
Selain pameran JAS, program turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa BRAP, Komuniti Kampung Balok, Pekerja Industri, pelbagai agensi dan organisasi melalui aktiviti sisipan seperti pengumpulan E-Waste, kitar semula minyak masak terpakai, demonstrasi anyaman ketupat, serta aktiviti pembuatan mudballs.
JAS Negeri Pahang juga telah menghantar dua kumpulan sebagai wakil Jabatan untuk menyertai pertandingan X-Plorace. Penglibatan ini mencerminkan sokongan berterusan JAS terhadap aktiviti pendidikan alam sekitar yang berimpak positif kepada komuniti.