Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM KESEDARAN PENGGUNAAN SUMBER AIR DAN AKTIVITI FUN RUN 2025 ANJURAN BAHAGIAN KAWAL SELIA AIR, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Bahagian Kawal Selia Air
- Lokasi
- Seberang Perai Tengah
- Diskripsi
- PROGRAM KESEDARAN PENGGUNAAN SUMBER AIR DAN AKTIVITI FUN RUN 2025 ANJURAN BAHAGIAN KAWAL SELIA AIR, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG Seberang Perai Tengah, 16 Oktober 2025 (Khamis) – Program Kesedaran Penggunaan Sumber Air dan Aktiviti Fun Run bagi tahun 2025 telah berjaya dianjurkan oleh Bahagian Kawalan Selia Air, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Program ini berlangsung di kawasan Empangan Mengkuang bermula seawal 7.00 pagi, dan mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan daripada pelbagai agensi serta masyarakat setempat. Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan memelihara, mengurus dan menggunakan sumber air secara berhemat, selaras dengan usaha kerajaan negeri dalam memperkukuh kelestarian sumber air bagi generasi akan datang. Program ini turut disertai oleh beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang membuka ruang pameran masing-masing, antaranya Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Perbadanan Air Pulau Pinang (PBAPP) serta Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Melalui pameran tersebut, pengunjung terutama pelajar sekolah berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan sumber air, pemeliharaan kawasan tadahan, peranan agensi-agensi berkaitan serta cabaran pencemaran air di negeri ini. Penyertaan pelajar sekolah menjadi antara fokus utama program ini kerana mereka merupakan generasi pewaris masa depan. Pendedahan awal mengenai kepentingan menjaga sumber air diyakini mampu membentuk kesedaran dan tanggungjawab dalam kalangan mereka terhadap kepentingan ekosistem air negeri. Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kecergasan melalui aktiviti Fun Run, malah turut memperkukuhkan pendidikan alam sekitar, khususnya berkaitan sumber air, dalam kalangan masyarakat serta komuniti pelajar.