e-Perpustakaan Digital Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

THE 44TH REVOLVING FUND COMMITTEE (RFC) MEETING

rosmanyah 11/12/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
THE 44TH REVOLVING FUND COMMITTEE (RFC) MEETING
Tahun
2025
Organisasi
Singapura
Lokasi
Parkroyal on Beach Road Hotel, Singapura.
Diskripsi
Tarikh: 8 - 10 Julai 2025 Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Capt. Muhammad Segar Abdullah , Chief Marine Officer/ Senior Advisor, Maritime and Port Authority of Singapore (MPA) yang turut melibatkan delegasi-delegasi daripada Indonesia, Malaysia dan Singapura. Delegasi Malaysia telah diketuai oleh Dato' Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia selaku Ketua Delegasi dan diiringi oleh Encik Norjipin bin Saidi, Pengarah Bahagian Keselamatan Sekuriti dan Alam Sekitar, Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan Puan Norina Frederick Sambang, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Air dan Marin, JAS sebagai wakil delegasi Malaysia. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan laporan perbelanjaan bagi tahun 2024/2025, cadangan perbelanjaan bagi pengoperasian Tabung Pusing Selat dan program/ aktiviti bagi 2 tahun akan datang ( 2025/2026 dan 2026/2027) serta perancangan program, aktiviti dan kos pengoperasian RF serta perkara-perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Teknikal RFC 2025 pada Februari yang lalu. RFC ini adalah jawatankuasa yang diwujudkan untuk menguruskan dana Tabung Pusingan Selat Melaka dan Selat Singapura yang telah disumbangkan oleh pihak MSC sejak tahun 1981 bagi membantu negara pesisir Selat Melaka dan Selat Singapura iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura dalam mengurus pencemaran marin kesan daripada insiden tumpahan minyak yang berpunca daripada kapal yang berlaku di dalam kawasan kedua-dua selat tersebut (Selat Melaka dan Selat Singapura).

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan