- Tajuk
- MESYUARAT TIM PERANCANGAN OPERASI MARITIM (TPOM) MALAYSIA - INDONESIA (MALINDO) KE- 33 DAN MAJLIS PEMBUKAAN OPERASI PATROLI TERKOORDINASI OPERASI TINDAKAN MARITIM MALAYSIA - INDONESIA (OP PATKOR OPTIMA MALINDO) SIRI 32/2025 DI BATAM, INDONESIA
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- APMM (Republik Indonesia dan Malaysia)
- Lokasi
- BATAM, INDONESIA
- Diskripsi
- Tarikh: 8- 11 September 2025
Mesyuarat Tahunan TPOM MALINDO Ke-33 dan Majlis Pembukaan Operasi PATKOR OPTIMA MALINDO 32/25 telah diadakan secara bersama di Hotel AP Premier Batam. Kedua-dua acara ini mencerminkan komitmen berterusan antara Republik Indonesia dan Malaysia dalam memperkukuh kerjasama strategik maritim, khususnya dalam aspek keselamatan, pengawasan, dan kestabilan perairan Selat Melaka
PATKOR OPTIMA Ke-32 bertujuan memperkukuh koordinasi dan komunikasi dalam rondaan bersama, serta membendung aktiviti haram dan meningkatkan keyakinan pelabuhan antarabangsa terhadap keselamatan perairan Selat Melaka. Operasi dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 21 September 2025, melibatkan penyertaan aset laut dan udara dari kedua-dua negara