e-Perpustakaan Digital Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik Isi Rumah (Household E-Waste)

hashikin 11/12/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik Isi Rumah (Household E-Waste)
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Ngeri Pulau Pinang
Lokasi
Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Diskripsi
Program Pengumpulan Sisa Elektrik dan Elektronik (E-Waste) telah berjaya dianjurkan di Wisma Persekutuan Kepala Batas, Pulau Pinang pada 27 November 2025 (Khamis). Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung serta warga kerja di bangunan tersebut. Penganjuran kali ini turut mendapat kerjasama daripada Syarikat Bigwise Sdn. Bhd., yang membantu dalam urusan pengumpulan, penyimpanan sementara serta proses pelupusan sisa elektronik mengikut prosedur pengurusan bahan buangan terjadual yang ditetapkan. Melalui program ini, sebanyak 226.10 kilogram E-Waste berjaya dikumpulkan, merangkumi pelbagai jenis peralatan elektrik dan elektronik seperti komputer lama, telefon bimbit, bateri, perkakas kecil rumah dan lain-lain. Jumlah kutipan ini menunjukkan tahap kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan pelupusan E-Waste secara betul dan selamat bagi mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar. Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja membantu memupuk budaya kitar semula dalam kalangan komuniti, malah menyokong usaha kerajaan dalam memperkasakan pengurusan sisa elektronik secara mampan.