e-Perpustakaan Digital Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran,Program Penguatkuasaan

Lawatan Kerja Tuan Pengarah JAS Pulau Pinang ke Projek Penambakan Seri Tanjung Pinang (STP2)

hashikin 10/12/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Lawatan Kerja Tuan Pengarah JAS Pulau Pinang ke Projek Penambakan Seri Tanjung Pinang (STP2)
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang
Lokasi
Pulau Pinang
Diskripsi
Lawatan Kerja Tuan Pengarah JAS Pulau Pinang ke Projek Penambakan Seri Tanjung Pinang (STP2) 4 Disember 2025, Pulau Pinang – Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah mengadakan sesi lawatan kerja ke tapak ‘The Proposed Reclamation of Seri Tanjung Pinang (Phase II) Development (STP2) pada 4 Disember 2025 yang lalu. Lawatan adalah bertujuan meninjau aktiviti yang sedang dijalankan di atas tanah tambak STP2. Lawatan telah dihadiri oleh wakil pihak penggerak projek iaitu Tanjung Pinang Development (TPD) selaku anak syarikat Eastern & Oriental Berhad (E&O) yang memegang Hak Konsesi kepada Seri Tanjung Pinang (STP), wakil jururunding EIA, Dr. Nik & Associates Sdn Bhd, wakil kontraktor projek, Kerjaya Prospek Group Berhad dan wakil-wakil pegawai Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang. Lawatan kerja juga dijalankan bagi meninjau pematuhan terhadap syarat-syarat kelulusan EIA serta keberkesanan pelaksanaan BMPs yang dilaksanakan di tapak projek. Sesi lawatan juga adalah sebagai satu (1) platform antara agensi dengan penggerak projek serta consultant EIA bagi melihat dan membincangkan isu-isu pematuhan yang sering timbul sepanjang operasi projek bagi memperkukuh tindakan pencegahan dan kawalan di tapak projek. #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama #jasppdis2025