- Tajuk
- RERUAI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG DI MOH KARNIVAL MAKMUR CAMERON HIGHLANDS
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH)
- Lokasi
- Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), Tanah Rata, Cameron Highlands
- Diskripsi
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah mengambil bahagian dalam Reruai Pameran Agensi Kerajaan sempena Program Moh Karnival Makmur Cameron Highlands yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Ogos 2025 bertempat di Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), Tanah Rata, Cameron Highlands.
Penyertaan ini merupakan salah satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Melalui reruai pameran yang disediakan, pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan isu-isu pencemaran, pengurusan sisa, penguatkuasaan undang-undang alam sekitar serta program pendidikan dan kesedaran yang dijalankan oleh jabatan.
Selain pameran, aktiviti yang dilaksanakan oleh JAS Negeri Pahang adalah Pendaftaran Ahli Rakan Alam Sekitar (RAS), 3D Virtual Reality dan Kuiz Alam Sekitar.
Reruai kami berpeluang menerima kunjungan YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Satu penghargaan besar buat kami.