e-Perpustakaan Digital Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran,Program Penguatkuasaan

OPS GERAK KEBANGSAAN KENDERAAN BERMOTOR BERSAMA AGENSI PENGUATKUASA NEGERI MELAKA SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025

nursyuhada 10/12/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GERAK KEBANGSAAN KENDERAAN BERMOTOR BERSAMA AGENSI PENGUATKUASA NEGERI MELAKA SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA
Diskripsi
9 Dis 2025, Tol SIMPANG AMPAT Alor Gajah- Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gerak Kebangsaan dengan Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik, IPD Alor Gajah, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka (JPJ), Unit Penguatkuasan Lebuhraya JPJ, Pejabat Peronda Leburaya Zon Selatan 1, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) bertempat di Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. Operasi ini melibatkan seramai tujuh puluh sembilan (79) anggota penguatkuasa daripada pelbagai agensi dan melibatkan sembilan belas (19) anggota daripada JAS Negeri Melaka yang terdiri daripada Bahagian Operasi dan Pembangunan. Setiap agensi penguatkuasa menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan mengikut bidang kuasa Jabatan masing - masing. Penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak JAS Negeri Melaka dalam operasi kali ini adalah pematuhan pelepasan kenderaan berenjin diesel dan petrol di bawah Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasa Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor ) 1987. Sebanyak lapan puluh satu (81) kenderaan telah diperiksa dan diuji oleh pihak JAS Negeri Melaka. Daripada jumlah tersebut, sebanyak sepuluh (10) tawaran kompaun dan sebelas (11) Notis Arahan bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling telah dikeluarkan. Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. . #KementerianSumberAslidanKelestarianAlam #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #JASNegeriMelaka