e-Perpustakaan Digital Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

SESI LATIHAN PENGGUNAAN APLIKASI PERMODELAN TUMPAHAN MINYAK (OIL MAP TRAJECTORY & FATES MODELLING) MELALUI LAMAN SESAWANG

rosmanyah 09/12/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LATIHAN PENGGUNAAN APLIKASI PERMODELAN TUMPAHAN MINYAK (OIL MAP TRAJECTORY & FATES MODELLING) MELALUI LAMAN SESAWANG
Tahun
2025
Organisasi
Bahagian Air dan Marin, JAS
Lokasi
Bilik Latihan ICT, Aras 3 Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya
Diskripsi
Tarikh: 1 Oktober 2025 (secara fizikal dan maya) Sesi ini telah dikendalikan oleh Metadata Systems Sdn. Bhd dan latihan disampaikan oleh Dr Sasha Zigic, General Manager dari RPS Ocean Science Technology, Australia. Seramai 15 peserta hadir secara fizikal iaitu daripada wakil Bahagian Air dan Marin, Bahagian Penguatkuasa, Bahagian Teknologi Maklumat, JAS Selangor, JAS W.P. Kuala Lumpur , JAS Melaka dan JAS Negeri Sembilan. Manakala JAS Negeri yang lain hadir secara maya di negeri masing-masing. JAS telah memperbaharui Lesen Perisian OILMAP Oil Spill Trajectory & Fates Modelling untuk tempoh setahun lagi mulai 1 September 2025. Langganan Lesen kali ini terdapat kelainan iaitu melalui laman sesawang berbanding sebelum ini iaitu secara destop. Perisian Oil Spill Trajectory & Fates Modelling ini adalah aplikasi yang boleh membantu JAS dalam membuat keputusan dari segi strategi kawalan dan pembersihan pencemaran minyak akibat tumpahan di laut dengan menjangkakan arah pergerakan ke hadapan minyak di laut. Selain itu, ia juga boleh menjangkakan arah pergerakan minyak ke belakang yang boleh membantu kerja-kerja penguatkuasaan iaitu siasatan punca tumpahan minyak yang disyaki agar pesalah alam sekitar boleh dikenakan tindakan perundangan sekiranya didapati bersalah. Dengan adanya capaian secara laman sesawang ini maka lebih ramai pegawai JAS yang b menggunakan aplikasi ini untuk menjana maklumat dan laporan pergerakan minyak apabila berlakunya insiden tumpahan minyak di perairan negara.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan