- Tajuk
- Lawatan ke Tapak Cadangan Pembinaan Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah (SPEKAT) di Masjid Nurul Jannah, Bachok, Kelantan.
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Seksyen Pengawasan Air Tanah, Bahagian Air dan Marin, JAS Putrajaya
- Lokasi
- Tapak cadangan pembinaan Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah (SPEKAT), Masjid Nurul Jannah, Bachok, Kelantan.
- Diskripsi
- Tarikh: 23 Julai 2025
Program: lawatan ke tapak cadangan pembinaan Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah (SPEKAT) telah diadakan pada jam 9.30 pagi bertempat di Masjid Nurul Jannah, Bachok, Kelantan.
Lawatan ini telah disertai: pegawai daripada Seksyen Pengawasan Air Tanah, Bahagian Air dan Marin, JAS Putrajaya, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan; Bahagian Perkhidmatan Mekanikal Dan Elektrikal (BPME), Ipoh, Perak; Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK); serta wakil AJK masjid.
Tujuan utama lawatan: untuk menilai kesesuaian tapak cadangan, mendapatkan pandangan pihak berkepentingan, serta memperoleh kelulusan bagi pembinaan Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah Kebangsaan di bawah pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).