- Tajuk
- PROGRAM SESI PEMBELAJARAN PEGAWAI JAS WPKL: LAWATAN KERJA SAMBIL BELAJAR KE PREMIS SUSTAINABLE SCHEDULED WASTE TREATMENT CENTRE, J&T NAZA ALAM MURNI SDN. BHD.
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS WPKL
- Lokasi
- BUKIT TAGAR, SELANGOR
- Diskripsi
- 4 DISEMBER 2025, BUKIT TAGAR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah mengadakan Program Sesi Pembelajaran Pegawai JAS WPKL: Lawatan Kerja Sambil Belajar ke premis Sustainable Scheduled Waste Treatment Centre, J&T NAZA Alam Murni Sdn. Bhd. di Bukit Tagar, Selangor. Program ini telah melibatkan penyertaan seramai 22 orang pegawai teknikal JAS WPKL.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan praktikal berkaitan pengurusan buangan terjadual terutamanya berkaitan dengan teknologi bagi pengolahan dan pelupusan buangan terjadual.
Antara fasiliti yang dilawati adalah Berjaya EnviroParks Sdn. Bhd. (Municipal Solid Waste Management), AMITA Naza Sdn. Bhd. (Sustainable Resource Management Centre), Berjaya EnviroParks Sdn. Bhd. (Leachate Treatment Plant), Naza Energies Sdn. Bhd. (Renewable Energy Centre) dan J&T Naza Alam Murni Sdn Bhd (Sustainable Schedule Waste Treatment Centre).
Diharapkan program sesi pembelajaran ini dapat memberikan nilai tambah yang signifikan kepada para pegawai teknikal JAS WPKL dalam memahami dengan lebih mendalam aspek pengurusan buangan terjadual secara holistik.
Pendedahan secara langsung kepada operasi fasiliti seperti pengurusan sisa pepejal, rawatan larut lesap, pengurusan sumber mampan, tenaga boleh baharu serta teknologi rawatan buangan terjadual telah membuka ruang kepada perkongsian ilmu yang lebih praktikal dan relevan dengan keperluan semasa.
Melalui lawatan ini, para pegawai bukan sahaja berpeluang melihat sendiri aplikasi teknologi terkini dalam industri pengurusan buangan, malah dapat memahami cabaran operasi, kepentingan pematuhan perundangan serta amalan terbaik (best practices) yang boleh dijadikan rujukan dalam pelaksanaan tugas harian.
Program ini juga telah mengukuhkan hubungan kerjasama antara JAS WPKL dan pihak industri, seterusnya menyokong usaha meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta pemantauan alam sekitar.
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#JASWilayahPersekutuanKualaLumpur
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam