e-Perpustakaan Digital Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI GERAK BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR W.P. LABUAN BERSAMA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SEMPENA MINGGU OPERASI GERAK KENDERAAN BERMOTOR PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2025

mansah 08/12/2025 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI GERAK BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR W.P. LABUAN BERSAMA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SEMPENA MINGGU OPERASI GERAK KENDERAAN BERMOTOR PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS WP LABUAN DENGAN KERJASAMA PDRM, JPJ, AADK
Lokasi
JALAN PATAU-PATAU
Diskripsi
04 Disember 2025, W.P. Labuan – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menjalankan Operasi Bersepadu sempena Minggu Operasi Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2025. Operasi ini dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (Bahagian Trafik), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), sebagai usaha bersama memperkukuh tindakan penguatkuasaan ke atas kenderaan bermotor di Labuan. Seramai 33 orang anggota penguatkuasaan daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi ini, terdiri daripada 8 anggota JAS, 7 anggota Trafik, 6 anggota JPJ serta 12 anggota AADK. Tuan Mejar Bersekutu (PA) Zulfadzli bin Zakaria, B.C.K, selaku Pengarah JASWPL turut hadir dalam operasi bersepadu tersebut. Sepanjang pelaksanaan operasi, JAS telah menjalankan 62 pemeriksaan visual dan 8 ujian menggunakan mesin terhadap kenderaan diesel. Hasil pemeriksaan tersebut sebanyak 8 Notis Arahan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang gagal mematuhi piawaian pelepasan asap hitam yang ditetapkan. Pada masa yang sama, PDRM (Bahagian Trafik) telah menjalankan pemeriksaan terhadap pengguna jalan raya dan mengeluarkan 5 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikenal pasti sepanjang operasi. Sementara itu, JPJ telah melakukan pemeriksaan terhadap 126 buah kenderaan dan mengeluarkan 12 kompaun, semasa pemeriksaan dijalankan. Pihak AADK turut melaksanakan 33 ujian saringan terhadap individu yang diperiksa dan mendapati seorang individu positif bahan terlarang, sekali gus menunjukkan komitmen agensi tersebut dalam membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu. Pelaksanaan Operasi Bersepadu ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara kualiti udara dan menggalakkan budaya tanggungjawab bersama dalam penjagaan alam sekitar. JASWPL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang terlibat serta pihak media yang membantu menyebarluaskan mesej kesedaran alam sekitar kepada masyarakat. JASWPL bersama agensi penguatkuasaan lain akan terus komited memastikan kelestarian alam sekitar khususnya di W.P. Labuan terpelihara pada sepanjang masa.