MESYUARAT BAHAGIAN OPERASI 2 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA BIL. 2/2025
nursyuhada 08/12/2025 0 paparan
Paparan Keseluruhan
Tajuk
MESYUARAT BAHAGIAN OPERASI 2 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA BIL. 2/2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA
Diskripsi
27 November 2025, MELAKA - Bahagian Operasi 2 Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengadakan mesyuarat bil. 2/2025 bagi membincangkan berkaitan pencapaian kerja-kerja penguatkuasaan bagi tahun 2025. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Operasi 2 iaitu Puan Hazereen binti Mohammad. Pembentangan pencapaian telah disampaikan oleh Ketua Unit PYBDT iaitu Puan Siti Shamsinar binti Annuar manakala pegawai-pegawai dari ketiga-tiga Zon di bawah unit PYBDT telah menghadiri mesyuarat ini sambil menyumbangkan buah fikiran secara aktif didalam mesyuarat ini.
Pihak-pihak premis Punca Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) di Negeri Melaka adalah dipohon untuk terus mengekalkan pematuhan ke atas Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dimana alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.
Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka