e-Perpustakaan Digital Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

Program CSR / ESG Tenaga Nasional Berhad, Penanaman Anak Pokok Bakau Di Pusat Penyelidikan Kecil Hutan Paya Laut, Sungai Acheh Nibong Tebal (PIFWA)

hashikin 08/12/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program CSR / ESG Tenaga Nasional Berhad, Penanaman Anak Pokok Bakau Di Pusat Penyelidikan Kecil Hutan Paya Laut, Sungai Acheh Nibong Tebal (PIFWA)
Tahun
2025
Organisasi
Tenaga Nasional Berhad
Lokasi
Sungai Acheh, Nibong Tebal
Diskripsi
Sungai Acheh, Nibong Tebal , 03 Disember 2025, satu program kelestarian alam sekitar bertemakan CSR/ESG Penanaman Pokok Bakau telah berjaya dilaksanakan di Sungai Acheh, Nibong Tebal, dengan kerjasama Penang Inshore Fishermen Welfare Association (PIFWA) dan beberapa agensi seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan serta Suruhanjaya Tenaga. Program ini dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai komitmen berterusan syarikat terhadap usaha pemuliharaan ekosistem pesisir pantai dan pengurangan risiko hakisan tanah. Aktiviti bermula dengan sesi perasmian, taklimat keselamatan serta penerangan mengenai kepentingan hutan bakau sebagai benteng semula jadi, habitat hidupan akuatik dan penyumbang kepada keseimbangan ekologi. Para peserta kemudian menyertai aktiviti utama iaitu penanaman sebanyak 500 anak pokok bakau di kawasan pesisir yang dikenal pasti untuk tujuan pemuliharaan. Program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar, malah menggalakkan penglibatan masyarakat setempat dan agensi berkaitan dalam usaha konservasi. Penanaman 500 anak pokok ini dijangka memberi impak positif jangka panjang kepada kualiti ekosistem Sungai Acheh serta menyokong agenda hijau negara serta kelestarian alam. Secara keseluruhannya, program CSR/ESG ini berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan, sekaligus mencerminkan komitmen TNB terhadap kelestarian alam sekitar dan pembangunan komuniti.