- Tajuk
- OPS GERAK 2025: JAS PERKUKUH PENGUATKUASAAN KAWALAN PENCEMARAN KENDERAAN
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- BAHAGIAN UDARA
- Lokasi
- SARAWAK
- Diskripsi
- Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini melancarkan Minggu Operasi Gerak Kenderaan Motor Peringkat Kebangsaan 2025, sebagai usaha berterusan memastikan pematuhan standard pelepasan kenderaan di seluruh negara.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar.
Pelaksanaan program ini turut disokong oleh kerjasama erat Majlis Bandaraya Kuching Selatan serta agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, dan pelbagai agensi kerajaan yang lain.
Pencapaian Operasi (Januari – Oktober 2025):
• 5,026 operasi dijalankan
• 312,178 kenderaan diperiksa
• 883 kompaun dikeluarkan
• 50 Perintah Larangan dikeluarkan terhadap kenderaan yang melepasi had pencemaran
Sarawak:
• 3,441 pemeriksaan
• 45 kompaun dikeluarkan
Ops Gerak Kebangsaan akan dilaksanakan serentak di seluruh negara pada minggu kedua Disember, dan operasi berkala akan diteruskan dari semasa ke semasa.JAS mengingatkan pemilik kenderaan komersial, industri dan persendirian untuk memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik, mematuhi spesifikasi teknikal serta mengelakkan pengubahsuaian yang menyebabkan pelepasan asap berlebihan atau pencemaran bunyi.
JAS komited mempertingkatkan pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan demi memastikan standard pelepasan kenderaan terus dipatuhi serta kualiti udara negara kekal bersih dan mampan.