e-Perpustakaan Digital Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN KUMBAHAN DI NEGERI KEDAH

hakim.hozali 08/12/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN KUMBAHAN DI NEGERI KEDAH
Tahun
2025
Organisasi
SPAN
Lokasi
Loji Rawatan Kumbahan Serantau Kota Setar, Kedah
Diskripsi
Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Kumbahan di Negeri Kedah telah diadakan pada 2 Disember 2025 bertempat di Loji Rawatan Kumbahan Serantau Kota Setar, Kedah. Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Pengarah Operasi Wilayah Utara SPAN, Tuan Ts. Khitob bin Ahmad dan Pengarah JAS Kedah, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab yang turut dihadiri pegawai-pegawai JAS Kedah serta wakil-wakil daripada agensi seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP), Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.(IWK) dan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK). Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan kumbahan di Negeri Kedah dan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009. Keputusan bersama dalam menangani isu-isu mengikut peruntukan undang-undang sediada akan memperkasakan kerjasama dalam tindakan penguatkuasaan mengikut bidang kuasa masing-masing demi mengatasi isu pencemaran air di Malaysia. Satu sesi lawatan tapak telah diadakan pada sesi petang serta taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh wakil dari SPAN dan IWK berkaitan pengoperasian RSTP Kota Setar tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan