Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM SEMPENA BULAN GAYA HIDUP SIHAT JAS NEGERI MELAKA 2025
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS MELAKA
- Lokasi
- MELAKA
- Diskripsi
- 2 DISEMBER 2025, MELAKA - PROGRAM SEMPENA BULAN GAYA HIDUP SIHAT JAS NEGERI MELAKA 2025
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka telah melaksanakan program sempena Bulan Gaya Hidup Sihat pada 2 Disember 2025 (Selasa) bertempat di Bukit Melaka dan sekitar Bandaraya Melaka.
Program ini melibatkan penyertaan kakitangan JAS Negeri Melaka dan dilaksanakan bagi memupuk amalan hidup sihat serta meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan alam sekitar.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
* Aktiviti senamrobik sebagai pemanas badan dan menggalakkan kecergasan fizikal.
* Pendakian Bukit Melaka yang bertujuan menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan peserta.
* Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) di sekitar kawasan Bukit Melaka sebagai usaha menyemai rasa tanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran.
* Hebahan serta pengedaran flyers larangan pembakaran terbuka kepada para pengunjung dan pelancong tempatan serta luar negara.
Pelaksanaan program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama warga jabatan, malah berjaya menyampaikan mesej kesedaran mengenai kepentingan memelihara alam sekitar kepada orang awam. JAS Negeri Melaka terus komited meneruskan program berimpak positif bagi meningkatkan kesejahteraan dan kelestarian alam sekitar di negeri ini.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama