Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN AKADEMIK PELAJAR UiTM BERKAITAN AMALAN TEKNOLOGI HIJAU
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS MELAKA
- Lokasi
- JAS MELAKA
- Diskripsi
- 1 DISEMBER 2025, MELAKA - LAWATAN AKADEMIK PELAJAR UiTM BERKAITAN AMALAN TEKNOLOGI HIJAU
Pada 1 Disember 2025 (Isnin), Pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka telah menerima kunjungan daripada kumpulan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi sesi temu bual berkaitan Amalan Teknologi Hijau.
Lawatan ini bertujuan memperoleh maklumat serta pemahaman yang lebih mendalam mengenai inisiatif hijau yang dilaksanakan oleh JAS, khususnya dalam aspek pengurusan alam sekitar dan pemerkasaan teknologi mesra alam.
Pihak JAS Negeri Melaka mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak UiTM memilih jabatan ini sebagai rujukan akademik, dan berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan dalam usaha menyokong agenda kelestarian negara.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama