PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN TERHADAP PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA

mansah 02/12/2025 8 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN TERHADAP PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA
Tahun
2025
Organisasi
JAS WP LABUAN
Lokasi
WP LABUAN
Diskripsi
27 November 2025 – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menjalankan penguatkuasaan terhadap salah satu projek yang tertakluk di bawah kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) di Wilayah Persekutuan Labuan. Pemeriksaan ini memberi fokus kepada tahap pematuhan ke atas syarat-syarat kelulusan EIA serta peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974. Hasil pemeriksaan di lapangan mendapati berlaku ketidakpatuhan yang dikenal pasti dan direkodkan melalui pengeluaran Field Citation (FC). JASWPL menyeru kepada semua pemaju projek yang tertakluk di bawah kelulusan EIA hendaklah sentiasa mematuhi semua syarat kelulusan EIA dan AKAS, 1974. Sebarang aduan berkaitan isu pencemaran alam sekitar boleh disalurkan melalui: Talian bebas tol: 1-800-88-2727 Emel: [email protected] Portal aduan: [https://eaduan.doe.gov.my](https://eaduan.doe.gov.my)