- Tajuk
- PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE ISI RUMAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS WP LABUAN BERSAMA PERBADANAN LABUAN
- Lokasi
- PUSAT KITAR SEMULA PERBADANAN LABUAN
- Diskripsi
-
Sukacitanya dimaklumkan bahawa JASWPL dengan kerjasama Perbandanan Labuan, telah mewujudkan Pusat Pengumpulan E-Waste Sementara yang terletak di Pusat Pengumpulan Kitar Semula, Durian Tunjong, W.P. Labuan.
Pada sepanjang bulan November 2025, sebanyak 10 Kg E-Waste telah berjaya dikumpulkan.
Orang ramai disarankan untuk membuang sisa buangan elektrik dan elektronik terpakai isi rumah (Household E-Waste) ke pusat ini. Waktu penghantaran boleh dilakukan pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum dari jam 9 pagi hingga 1 tengahhari. Dilarang untuk meletakkan sisa buangan tersebut diluar waktu tersebut.
Peringatan:
Hanya E-Waste terpakai dari isi rumah sahaja yang dibenarkan. Aset KERAJAAN mahupun INDUSTRI hendaklah dilupuskan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuang sampah domestik ke dalam tong RORO yang telah disediakan.
Sekian terima kasih.