PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

BENGKEL PEMERKASAAN AUDITOR & PEMEGANG DOKUMEN MS ISO 9001:2015 JABATAN ALAM SEKITAR

suresh 01/12/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PEMERKASAAN AUDITOR & PEMEGANG DOKUMEN MS ISO 9001:2015 JABATAN ALAM SEKITAR
Tahun
2025
Organisasi
Bahagian Penguatkuasa
Lokasi
Putrajaya
Diskripsi
BENGKEL PEMERKASAAN AUDITOR & PEMEGANG DOKUMEN MS ISO 9001:2015 JABATAN ALAM SEKITAR Jabtan Alam Sekitar (JAS) telah memperolehi sijil MS ISO 9001 sejak tahun 2010 bagi skop Pemprosesan Laporan EIA dan Penguatkuasaan Syarat – Syarat EIA dan telah berjaya mengekalkan pensijilan tersebut sehingga kini. Bagi memastikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berada di tahap terbaik selaras dengan keperluan di bawah MS ISO 9001:2015, JAS telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Auditor dan Pemegang Dokumen MS ISO 9001:2015 di Seremban, Negeri Sembilan pada 23 hingga 26 Jun 2025. Antara objektif utama bengkel ini ialah: a) Memperkasakan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran pegawai-pegawai JAS yang telah dilantik sebagai juruaudit kualiti dalaman MS ISO 9001:2015 JAS; b) Memantapkan pengetahuan dan kefahaman pegawai-pegawai pelaksana di JAS Ibu Pejabat dan Negeri ; c) Penyeragaman dan pengemaskinian dokumen-dokumen di bawah Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 JAS; dan d) Penyelarasan pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 Tahun 2025 Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Rosli bin Zul, Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAS Ibu Pejabat, dan telah disertai oleh 40 orang pegawai dari JAS Ibu Pejabat, JAS Negeri dan Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) yang telah dilantik sebagai juruaudit kualiti dalaman JAS dan pegawai pelaksana di pejabat masing-masing. Bengkel ini melibatkan sesi taklimat oleh penceramah terlatih iaitu En. Mohd Nasim bin Zakaria dari Terrafila Sdn Bhd dan sesi perbincangan antara semua pihak yang terlibat untuk membincangkan isu-isu berbangkit ke arah penambahbaikan pelaksanaan SPK MS ISO 9001:2015 di pejabat JAS masing-masing. Semoga bengkel ini memberi impak positif dalam pengukuhan budaya kualiti di JAS, dan dapat menjadi pemangkin ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cemerlang dan berkualiti dalam usaha pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan lestari.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan