- Tajuk
- AUDIT PENSIJILAN SEMULA SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) MS ISO 9001:2015 JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) OLEH PIHAK SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD. TAHUN 2025
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Bahagian Penguatkuasa
- Lokasi
- Putrajaya
- Diskripsi
- AUDIT PENSIJILAN SEMULA SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) MS ISO 9001:2015 JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) OLEH PIHAK SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD. TAHUN 2025
JAS telah berjaya menjalani Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 yang dilaksanakan oleh pasukan audit dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Audit ini diketuai oleh Puan Nursheirie Sheiriena Binti Mohammad Za’im dan dibantu oleh Puan Kamsiah Binti Mansoor serta Lt. Kol (B) Abd Lataf bin Daud. Audit ini merupakan salah satu usaha kesinambungan untuk menilai tahap pematuhan serta keberkesanan sistem pengurusan kualiti yang telah dilaksanakan oleh JAS.
Program ini telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari 1 hingga 3 Oktober 2025, melibatkan enam lokasi iaitu JAS Ibu Pejabat termasuk Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS), JAS Negeri Sembilan, JAS Pulau Pinang, JAS Pahang, JAS Perlis dan JAS Sarawak.
Mesyuarat Penutupan Audit Pensijilan Semula ini telah diadakan pada 3 Oktober 2025 di JAS Ibu Pejabat dan dipengerusikan oleh Puan Hajjah Azuri Azizah Haji Saedon, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan). Hasil rumusan audit menunjukkan tiada sebarang penemuan ketidakakuran (NCR) mahupun peluang penambahbaikan (Opportunity for Improvement - OFI) dilaporkan. Ini menunjukkan sistem pengurusan kualiti JAS adalah berkesan dan mematuhi sepenuhnya piawaian yang ditetapkan. Dengan ini, JAS telah berjaya mengekalkan Pensijilan MS ISO 9001:2015 untuk tempoh tiga (3) tahun lagi di bawah skop utama, iaitu Pemprosesan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) serta Penguatkuasaan Syarat-Syarat Kelulusan EIA.
JAS komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti yang memenuhi kehendak pelanggan, serta pihak-pihak yang berkepentingan selaras dengan keperluan perundangan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 demi mencapai matlamat pembangunan negara yang lestari dan mampan.