- Tajuk
- PENGANJURAN PROGRAM PAMERAN KARNIVAL LITERASI TENAGA 2025 DI KULIM.
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- NUR Power Sdn Bhd (NUR) dan Program Celik Tenaga Malaysia (MELP)
- Lokasi
- Kompleks Sukan KHTP , Kulim, Kedah.
- Diskripsi
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Program Pameran Karnival Literasi Tenaga 2025 di Kompleks Sukan KHTP , Kulim, Kedah.
Program tersebut telah dianjurkan oleh NUR Power Sdn Bhd (NUR) dan Program Celik Tenaga Malaysia (MELP) yang diterajui oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta pihak berkuasa tempatan. Perasmian program telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri PETRA, YB Tuan Hj Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir.
Tema utama karnival tahun ini ialah "Membentuk Masa Depan Mampan Melalui Literasi Tenaga" adalah untuk mencerminkan kepentingan pengetahuan sebagai asas peralihan tenaga.
Beberapa aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti jualan peralatan dan kereta elektrik serta sistem tenaga solar, sesi perkongsian pengetahuan, program jangkauan sekolah, bengkel penglibatan komuniti dan pameran inovasi.
Program telah dimeriahkan oleh pengunjung dan penduduk setempat yang hadir menjayakan Program Karnival Literasi Tenaga enaga 2025 tersebut.
YB Timbalan Menteri PETRA turut bersama-sama di bawa ke reruai pameran JAS. Beberapa contoh bahan buangan terjadual dipamerkan untuk menarik minat golongan muda dan komuniti setempat untuk berkunjung ke ruang pameran JAS.
Dengan adanya program seperti ini dapat memberi kesedaran berkaitan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada pengunjung serta masyarakat khususnya di negeri Kedah selaras dengan tema JAS 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama'.