Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI OPS GEMPUR BIL.11/2025 JAS KELANTAN
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS Kelantan
- Lokasi
- Kota Bharu
- Diskripsi
- OPERASI OPS GEMPUR BIL.11/2025 JAS KELANTAN
20 November 2025, KOTA BHARU - Jabatan Alam Sekitar Kelantan bersama Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gua Musang telah menjalankan operasi bersepadu iaitu Ops Gempur Bil.11/ 2025 pada 16 dan 18 November 2025 ke atas premis-premis di Negeri Kelantan khususnya premis dalam kawasan Kota Bharu, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang. Dalam operasi ini sebanyak tiga pasukan dengan bilangan anggota penguatkuasa JAS seramai 6 orang terlibat secara langsung.
Operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas 22 premis. Sebanyak 21 Arahan Lapangan dan 2 Notis Arahan telah dikeluarkan bagi mematuhi pengurusan buangan terjadual, peraturan efluen perindustrian, kumbahan dan peraturan udara bersih. Daripada pemeriksaan tersebut, didapati semua premis mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Ops Gempur Bil.11/ 2025 ini adalah tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAS untuk meningkatkan pematuhan oleh pihak industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius. Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan berterusan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.