PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT FRASER & NEAVE (F&N) HOLDINGS SDN BHD

nursyadah 28/11/2025 5 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT FRASER & NEAVE (F&N) HOLDINGS SDN BHD
Tahun
2025
Diskripsi
24 November 2025, Seremban - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Fraser & Neave (F&N) Holdings Sdn Bhd. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan penilaian kehematan (materiality assessment) bagi topik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Kunjungan hormat ini adalah untuk mendapatkan pandangan pihak berkuasa kerajaan mengenai risiko, impak dan peluang berkaitan operasi F&N, termasuk aktiviti ladang tenusu di Pasir Besar, Gemas. Dalam sesi perbincangan tersebut, pihak F&N telah berkongsi komitmen mereka terhadap usaha memperkukuh prestasi kemampanan syarikat, khususnya dalam menguruskan aspek alam sekitar yang berkaitan dengan penggunaan sumber air, pengurusan sisa, pelepasan emisi serta pemeliharaan biodiversiti di kawasan operasi. JASNS turut memberikan pandangan mengenai keperluan pematuhan perundangan alam sekitar, amalan terbaik pengurusan sisa industri dan langkah pencegahan pencemaran yang seharusnya diberi keutamaan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan