PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2025

holly 28/11/2025 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS SABAH DAN JPAS
Lokasi
KK WETLAND SABAH
Diskripsi
Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Negeri Sabah 2025 anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (JAS) bersama Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Sabah dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar (KePKAS) telah berjaya dilaksanakan pada 20 November 2025 bertempat di Kota Kinabalu Wetlands Centre - Ramsar In The City ???? Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan sebelum dan semasa sambutan tersebut untuk semua lapisan masyarakat iaitu ???? - Program Pengumpulan Household EWaste - Mangrove Walk - Mangrove Replanting - Pocket Talks Alam Sekitar - Pameran Alam Sekitar - Penghargaan Rakan Strategik - Pertandingan Melukis (Sekolah Rendah) - Pertandingan Infografik Alam Sekitar (Sekolah Menengah) - Pertandingan Upcycling E-Waste (Pelajar IPT) - Pertandingan Fotografi (Orang Awam) - Kempen Hindari Plastik Sekali Guna Majlis Perasmian pada hari ini telah dirasmikan oleh Datuk Josie Lai, Setiausaha Tetap KePKAS dan gimik perasmian iaitu penanaman pokok bakau turut disertai oleh Puan Nor Rashidah bt Mohd Ghazali (Pengarah JAS Sabah), Puan Daisy Aloysius (Pemangku Pengarah JPAS), Datuk Dr. Maklarin Bin Lakim (Pengarah Taman-Taman Sabah) dan En Robert Lipon (TKPO Dewan Bandaraya Kota Kinabalu) Majlis pada hari ini telah dihadiri oleh 200 jemputan yang terdiri daripada murid sekolah, pelajar IPT, rakan strategik, pihak berkuasa tempatan serta agensi kerajaan dan NGO.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan